Tuesday, April 7, 2009

Keputusan Rasmi Terkini PRK 7 April jam 9.20 mlm


Apr 7, 09 5:14pm

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau, majoriti lebih kurang sama dengan yang dicapai oleh V Arumugam.

8.20pm
Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.04pm
Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.

Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

7.56pm
BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.

7.46pm
Tidak rasmi. BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar, lebih 1,600 undi.

BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

7.42pm
Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.

7.36pm
Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin masing-masing 33 dan 210 undi.

7.32pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi.

7.26pm
Sumber rasmi SPR: BN mendahului PAS di Bukit Gantang dengan 799 undi. BN 2,048 undi, PAS 1,249 dan bebas 4 undi.

7.22pm
PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,377 undi. PAS 11,375 undi, BN 8,998 dan bebas 29 undi.

7.21pm
Tidak rasmi PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

7.12pm
PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 900 undi.

7.00pm
PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.

6.44pm
PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,768 undi.

6.34pm Menurut satu sumber MIC, persaingan "sangat, sangat, sangat sengit" antara calon BN Datuk S Ganesan dengan calon PKR S Manikumar di DUN Bukit Selambau.

6.30pm Penyokong BN dan PAS mula berkumpul depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.

Maklumat SPR: Peratus keluar mengundi di Bukit Gantang 75.1 peratus, Bukit Selambau (70.28) dan Batang Ai (71.2).

.23pm Tidak rasmi. BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar. BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.

sumber : Malaysiakini

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura