Saturday, April 4, 2009

Hati-Hati Dengan 'Tuhan RM' - Dr Lo' Lo'




Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo' Lo' Hj Mohd Ghazali dan
DS Ir Hj Mohammad Nizar - gambar hiasan dari Blog Dr Lo' Lo'

Ditulis oleh Fadhilah Mansor
Sabtu, 04 April 2009 00:55

BUKIT GANTANG, 4 April : PAS mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil 7 April ini.

Kenyataan demikian dibuat AJK PAS Pusat, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali ketika ditemui di Markaz PAS Air Kuning baru-baru ini.

"PAS mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pilihan raya ini, tetapi ianya juga bergantung kepada 'Tuhan RM' yang akan turun pada saat 48 jam terakhir sebelum hari pengundian," ujarnya sambil merujuk kepada wang yang akan disogok BN pada saat akhir bagi memancing undi.

Dalam pada itu, beliau yang juga ahli parlimen Titiwangsa menyeru kepada petugas agar meneruskan usaha dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan akan terus dikekalkan di kawasan tersebut.

"Kita yakin akan memperolehi kemenangan ini, namun ia tidak akan berjaya tanpa usaha dan kerja keras," ujarnya.

Beliau yang pernah bertanding di kawasan tersebut pada pilihan raya umum ke-11 lalu menyatakan bahawa para pengundi masih lagi mengenali beliau ketika menjalankan kempen pada pilihan raya kali ini.

"Alhamdulillah, pengundi juga masih mengenali saya sewaktu saya pergi berkempen.

"Malah ada juga yang melahirkan rasa kesal kerana menolak PAS sebelum ini, dengan menyatakan tekad untuk menebus kesilapan mereka," katanya lagi.

sumber : prk059

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura