UCAP TAHNIAH PADA NAJIB
oleh HERMAN SAMSUDEEN
Dikirim pada April 15, 2009
Sedar atau tidak hampir dua minggu Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia. Puluhan ucapan tahniah dilontarkan oleh pembodek-pembodek beliau diseluruh negara. Tapi malangnya, perlantikkan Najib itu langsung tidak menarik perhatian masyarakat dunia.
Sehingga ke hari ini, tiada satu pun duta asing dinegara ini yang mengeluarkan ucapan tahniah atau melakukan kunjungan hormat. Begitu juga dengan Ketua negara-negara luar yang sehingga kini tiada sebarang surat ucapan tahniah yang dikirimkan.
Jelas, dunia tidak boleh menerima Najib. Sambutan hambar ini tidak sama seperti sambutan yang diberikan kepada lima orang mantan Perdana Menteri yang terdahulu. Dizaman Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussien onn, Tu Mahathit dan Tun Abdullah berduyun-duyun perwakilan luar negara menghadap dan mengirimkan ucapan tahniah.
Begitu malang nasib Najib. Kerajaan luar masih tidak iktiraf beliau, media antarabangsa pula menjadikan beliau bahan sindiran dan lawak jenaka.
Berdasarkan tinjauan rambang sebahagian besar rakyat dinegara ini masih belum boleh menerima Najib walaupun sudah mengumumkan ‘Kabinet Rakyatnya’ yang diketahui dipantau oleh Mahathir.
Tingkat 4 kini dijaga orang tua
Jika dahulu tingkat 4 di Bangunan Perdana Menteri dijaga oleh orang-orang muda kini ramai orang-orang tua Umno yang diketuai Mahathir bakal menguasai kuasa ditingkat 4 yang terkenal dengan imej ‘master of puppet’ kepada PM yang memerintah.
Ramai yang beranggapan bahawa tingkat 4 bakal dikuasai Rosmah. Saya juga fikir begitu. Tapi nampaknya Rosmah belum mampu melawan pengalaman Mahathir. Lihat sahaja barisan kabinet baru. Dengan bersahaja Muhkriz yang kalah dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda boleh dilantik sebagai Tim. Menteri dan membelakangkan Ketua Pemuda yang dipilih, Khairy Jamaluddin (bekas budak tingkat 4 kata Mahathir).
Najib dibayangi oleh Misteri Altantuya
Walau apa pun suasananya, Najib kini sedang diperhatikan rakyat dan seluruh dunia. Malah ada satu laman web yang tidak diketahui pemiliknya menulis gossip-gossip panas yang mungkin akan terus membayangi hidup Najib.
Secara peribadi, saya melihat laman itu mencampurkan adukkan fakta, gossip dan juga emosi penulisnya yang begitu benci pada Najib. Pasti polis berminat menyiasatnya demi menjaga ‘maruah’ Najib. Silakan, saya pun nak tahu siapa penulisnya. Cuma dari sudut pembaca, kita perlulah menilai dari kaca mata akal, agar tidak terperangkap dengan emosi.
Misteri Altantuya pastinya menjadi isu utama. Maka ia adalah perkara penting yang harus Najib selesaikan dan buktikan bahawa semua dakwaan yang dibuat kepadanya pada masa ini tidak benar.
Jika tidak, selagi beliau menjadi Perdana Menteri dunia tidak akan mengiktiraf Malaysia lagi?
sumber : Pemuda Wilayah
0 komen:
Post a Comment