KHAMIS April 30, 2009
KUALA LUMPUR : Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada pukul 9.35 malam semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu. BERNAMA
1 komen:
DS Zambry kena balik pangkor,tengok apa jadi pada kawasan.Gempa bumi ni bukan terjadi tanpa ada yang membuatnya.Tuan yang membuat gempa bumi ini beri amaran kecil dan Pangkor jadi pilihan.Insaflah...
Post a Comment