Sunday, April 5, 2009

Mahkamah Rakyat Jatuhkan Hukuman 7 April

ESOK, HARI AKHIR NAJIB BERSIHKAN DIRI !

Izwan Abdul Halim |izwan@harakah.net.my

Sun | Apr 05, 09 | 7:45:35 pm MYT

SUNGAI LALANG, 5 April (Hrkh) - Esok merupakan hari terakhir bagi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membersihkan namanya dari kaitan kes Altantuya Shariibu sebelum berdepan 'hukuman' oleh para pengundi bagi Pilihan Raya Kecil di tiga tempat iaitu Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7 April ini.

"Di mana esok adalah hari terakhir dia (Najib) boleh bertindak sekurang-kurangnya menyatakan saman kepada akhbar Liberation di Perancis untuk memohon maaf di atas laporan oleh akhbar tersebut," demikian ditegaskan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shahrin pada sidang media parti itu di Yayasan Aman, di sini hari ini.

Sikap berdiam diri Najib katanya, menunjukkan seolah-olah beliau akur dengan laporan akhbar tersebut.

Jelas Badrul lagi, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah mengemukakan saman terhadap akhbar di London kerana mengaitkan PAS dengan rangkaian Al-Qaeda di Asia Tenggara dan PAS menang dalam pendakwaan itu manakala akhbar berkenaan turut mohon maaf.

Ujar beliau, begitu juga saman fitnah yang dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar terhadap sebuah akhbar tempatan di mana Mahfuz turut memenangi kes itu.

"Jadi ini perlu diikuti oleh PM, jika tidak pengundi-pengundi di tiga tempat ini boleh meletakkan penghakiman terhadap PM yang gagal menjawab isu tersebut," tegasnya. - mks. _

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura