Tuesday, April 7, 2009

Nizar & Manikumar Juara Bukit

NIZAR SAH MENANG KERUSI BUKIT GANTANG

TAIPING 7 April : Calon Pas, DS Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin memperolehi 21, 860 undi dengan majoriti 2,789 undi.

Calon Barisan Nasional, Ismail Saffian memperoleh 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada pukul 9:45 malam.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong Pas yang berhimpun di luar dewan meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api di kawasan tersebut.

Dalam ucapan penerimaan Nizar berkata ini kemenangan kepada rakyat Perak dan Malaysia secara keseluruhan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui berkata pihaknya telah menjangkakan keputusan hari ini.

Katanya ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

PKR KEKALKAN PENGUASAAN DI BUKIT SELAMBAU

SUNGAI PETANI 7 April : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan pengusaan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau apabila calonya, S. Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1 kira-kira pukul 10.50 malam ini.

Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.

Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.

Beliau turut mengumumkan bahawa kesemua 13 calon Bebas yang bertanding hilang wang pertaruhan.

Berikut jumlah undi yang diperolehi oleh 13 calon Bebas di DUN Bukit Selambau:

1. R Loganathan (kelapa sawit) - 31

2. Tan Hock Huat (kunci) - 78

3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 25

4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 83

5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 60

6. L Sarala (basikal) - 49

7. A Jayagopal (payung) - 35

8. S Moganakumar (buku) - 46

9. Khamis Awang (ayam jantan) - 29

10. Husaini Yaacob (bas) - 257

11.M Vaneson (ikan) - 32

12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 528

13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 73

Sementara itu, Manikumar ketika ditemui selepas diumumkan kemenangannya mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Bukit Selambau yang mengundinya serta jentera Pakatan Rakyat.

"Saya berterima kasih kerana pengundi memilih saya untuk memimpin mereka di masa hadapan dan saya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin Pakatan yang memutuskan kita perlu menang dalam pilihan raya ini bagi mempertahankan kerusi ini.

"Hari ini ia telah menjadi realiti dan kita akan berjuang dengan lebih tinggi selepas ini untuk menuju ke satu tahap yang teratas," katanya.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan pilihan raya di Bukit Selambau dan Bukit Gantang adalah referandum rakyat terhadap peralihan kuasa yang berlaku dalam kerajaan baru-baru ini.

"Walaupun Datuk Seri Najib memperkecilkan isu referandum rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tetapi hari ini terbukti bahawa rakyat Kedah dan Perak memberikan mesej yang jelas bahawa mereka tidak langsung yakin dengan kepimpinan baru Umno, BN dan kerajaan.

"Perdana Menteri baru mempunyai tugas yang besar untuk terus meyakinkan rakyat bahawa beliau benar-benar akan melakukan tranformasi dalam kerajaan," katanya.

sumber : mStarOnline

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura