Wednesday, April 29, 2009

Jaguh Basikal Negara Dikunjungi YB ADUN Sura


Di kiri kanan ... bersama sebahagian koleksi kemenangan

Bersama YB Ust Hj Wan Hassan, wakil PAS
Cawangan Pak Sabah dan rakan-rakan


YB mengharapkan Azizulhasni menjadi contoh kepada
remaja yang ingin berjaya di bidang sukan


Melayan YB ADUN Sura dan rombongan di meja makan

DUNGUN 29 April Rabu - Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang baru-baru ini menerima kunjungan YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan rombongan di Kampung Nibong Stesen, di sini.

Anak muda ini yang ingin mencipta kejayaan serentak di bidang sukan dan akademik akan ke Universiti Deakin, Melbourne, Australia, awal Jun depan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan sukan.

Beliau yang telah berjaya merangkul pingat perak di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Poland pada Mac lalu melalui acara pecut individu, turut disandarkan harapan negara untuk menggondol pingat emas di Kejohanan Olimpik London.


DARI kiri: Bapa dan ibu Azizulhasni, Awang Embong dan Rohani Yahya,
serta ibu angkat Azizulhasni, Selamiah Yong.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura