Monday, April 27, 2009

Penanti : Pondok Panas Dan Perayu Undi Dilarang

SPR telah mengumumkan 31 Mei 2009, pilihanraya kecil DUN Penanti. Hari penamaan calon ditetapkan pada 23 Mei 2009.

Walau bagaimanapun, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa pondok panas dan perayu undi tidak dibenarkan dalam pilihanraya kecil Penanti. Sekali lagi SPR mencabul prinsip demokrasi. Apa salahnya 'pondok panas dan perayu undi' dibenarkan. Ini merupakan amalan kita dalam semua piliharaya umum dan pilihanraya kecil sebelum ini. Kenapa tiba-tiba hendak tukar peraturan?

Nampaknya SPR memang tidak neutral lagi. Ia telah dikuasai dan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu. Kredibiliti SPR diragui. Kalau dibiarkan, SPR mungkin akan membuat peraturan baru untuk melarang ceramah politik sama sekali apabila menghadapi pilihanraya. Ini merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Perkembangan negatif seperti ini perlu ditangani awal-awal lagi. Jangan sampai nasi menjadi bubur. SPR mesti menarik balik peraturannya yang tidak membenarkan pondok panas dan perayu undi di pilihanraya kecil Penanti. SPR tidak seharusnya memberi sebarang alasan kerana ia akan menjejaskan keutuhan demokrasi di negara kita.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura