Saturday, March 13, 2010

YB Ust Nik Mohd Amar & Chegu Bard Berceramah Di Dungun

DUNGUN 13 Mac, Sabtu - Lajnah Penerangan DUN Sura sekali lagi akan menganjurkan ceramah umum isu-isu semasa selepas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkunjung ke sini pertengahan Februari, baru-baru ini.



Menurut Setiausaha Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Ahmad Roslin Abdul Wahab, ceramah kali ini akan membariskan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Y.B. Ustaz Haji Nik Mohd Amar Abdullah (gambar atas) sebagai penceramah utama.

"Mengiringi Ustaz Nik Amar ialah penceramah yang terkenal dengan kelantangan membongkar isu-isu penyelewengan dan kerakusan BN, iaitu Chegu Bard (gambar bawah) di samping Y.B. Ustaz Wan Hassan, ADUN Sura selaku YDP PAS Kawasan Dungun yang akan bertindak sebagai tuan rumah", ujar beliau.



"Chegu Bard dijangka hadir ke IPD Cheras pada sebelah pagi, sebelum bertolak ke Dungun, untuk memberikan kenyataan berkaitan laporan Polis ke atas Deepak, individu yang membayar bagi pihak Najib dan Rosmah untuk Balasubramanian menghilangkan diri", tambah Encik Ahmad Roslin.

Program penerangan ini, akan berlangsung jam 9.00 malam bertempat di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate pada hari Isnin, 15 Mac ini.

"Selain isu nasional, perkembangan terkini di Kelantan terutamanya isu rampasan hak flag-off untuk acara LTdL oleh Awang Adek dari Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dijangka disentuh oleh Ustaz Nik Mohd Amar, termasuk isu penafian hak royalti oleh kerajaan pusat", tambah beliau lagi.

Semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dijemput hadir mengikuti isu-isu semasa dari penceramah yang diundang tersebut.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura