Thursday, March 4, 2010

Tengku Razaleigh Dedah, Ahli UMNO Kini Diarah Tutup Mulut Dalam Isu Royalti Kelantan

Menurut salah seorang Naib Presiden Umno, parti itu kini melarang para ahlinya daripada memperkatakan isu pembayaran minyak PETRONAS kepada negeri-negeri.


Pada hemat saya, dari hari ini dan seterusnya, arahan tutup mulut ini perlu dikendalikan dengan betul oleh Umno.

Mereka juga hendaklah berhenti bercakap-cakap fasal Tun Razak Hussein, yang menurut mistar Umno Baru, merupakan seorang petualang.

Allahyarhamlah orang yang mengarah saya untuk mereka bentuk Akta Kemajuan Petroleum agar negeri-negeri yang merupakan pusat populasi Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Johor dan pastinya negeri Pahang yang amat Allahyarham cintai, beroleh manfaat berupa hasil langsung daripada minyak di luar pesisir pantai melewati lingkungan tiga batu nautika, menerusi mekanisme bayaran tunai 5 peratus yang dibayar terus kepada dana disatukan dalam negeri-negeri berkenaan.

Kalau ikut acuan terkini Umno, Allahyarham sememangnya pengacau nombor wahid. Melalui segala bentuk saluran penyampaian maklumat kerajaan, kini Umno Baru bertegang urat menegaskan bahawa Kelantan dan Terengganu langsung tidak berhak menerima pembayaran tersebut, atas hujah lembam kononnya minyak itu ditemui melewati lingkungan 3 batu nautika di luar pesisir pantai.

Amat naif Allahyarham Tun Razak kerana tidak dapat menduga betapa pihak Umno Baru ada cara lebih baik, ya, lebih baik daripada kalangan warga Melayu Pantai Timur (Semenanjung Malaysia) yang sebegitu daif kehidupan mereka, dalam hal memanfaatkan wang itu.

Lihatlah bagaimana lebih daripada RM20 bilion dibelanjakan atas nama Terengganu sepanjang tempoh bertahun-tahun ini walhal warga Terengganu terus bergelut dengan kemelut kemiskinan lantaran wang itu tidak sampai kepada mereka.

Ya, tentunya hati mereka terhibur sekali melihat gelagat para jutawan bermain-main dan bercanda dalam perahu-perahu layar mewah, atau mengagumi keindahan sebuah masjid kristal di mana mereka tidak dapat bersolat di dalamnya.

Maka kita juga wajib mengeluarkan arahan tutup mulut daripada menyebut-nyebut nama Allahyarham Tun Hussein Onn. Sekurang-kurangnya, Allahyarham insan berprinsip dan musuh mutlak bagi segala bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Allahyarham merupakan ancaman sebegitu hebat kepada Umno Baru lantas beliau, seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman, tersisih (dan terpaksa memutuskan keluar) daripada parti, dan tamat riwayatnya di luar parti.-The Malaysian Insider

sumber : syukran.wordpress.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura