Wednesday, March 3, 2010

Pelajar Cemerlang PMR Padang Jambu Dirai ADUN Sura

DUNGUN 3 Mac, Rabu - Mengakhiri jadual sumbangan penghargaan kepada para pelajar cemerlang PMR 2009, ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli meluangkan masa mengunjungi 3 orang pelajar yang disenaraikan oleh PAS Cawangan Padang Jambu, petang Sabtu, 27 Februari baru-baru ini.

Adik Nur Farhanim binti Abdol Sukor (9A),
pelajar dari SMA Sultan Ismail ditemani bapanya

Adik Muhamad Syazwan bin Kasmadi (8A),
pelajar dari SMA Sultan Ismail menerima
sumbangan melalui bapanya

Pelajar dari SMK Sultan Omar,
adik Mohd Afiq Iqram bin Rohaidi (8A)


Bergambar kenangan...ADUN Sura, adik Mohd Afiq Iqram,
Encik Rohaidi dan Encik Baharuman

Ketua PAS Cawangan Padang Jambu, Encik Baharuman Haji Abdul Hamid mengiringi ADUN Sura semasa penyampaian penghargaan ini.

Semua PAS Cawangan yang mempunyai senarai pelajar cemerlang PMR 2009 telah selesai dikunjungi oleh ADUN Sura. Penghargaan kepada para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ini disampaikan sendiri oleh ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun atau melalui wakilnya, tanpa melalui sebarang tapisan dari sudut agama, bangsa dan fahaman politik.

1 komen:

sukauka on December 16, 2014 at 8:15 PM said...

assalamualikum..maaf tapi boleh tak kalau gambar nur farhanim bt abdol sukor-pelajar cemerlang PMR Padang Jambu Dirai ADUN Sura- di padam sbb gambar tu tak menutup aurat..harap encik dapat mempertimbangkan permintaan ini.. terima kasih

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura