Monday, March 1, 2010

Penghargaan Cemerlang PMR Di Bukit Chatak 2

DUNGUN 1 Mac, Isnin - Meneruskan lagi sumbangan penghargaan sempena kejayaan para pelajar dalam PMR 2009, ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah berkunjung ke PAS Cawangan Bukit Chatak 2, pagi Sabtu 27 Februari, baru-baru ini.

Seramai 6 orang pelajar dikenalpasti sebagai pelajar cemerlang PMR 2009, yang berada di bawah pentadbiran PAS Cawangan Bukit Chatak 2.

Adik Fatin Ilyana Hanim binti Che Gani (7A)
dari SMK Sultan Omar, Dungun

Adik Ummi Sayyidatul Habibah binti Mat Lazin (9A)
dari Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun

Adik Tengku Aminah binti Tengku Mohd Fauzi (9A)
dari Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin,
diwakilinya ibunya Wan Hindon binti Wan Abdullah

Sebelum itu, petang Rabu, 24 Februari baru-baru ini, ADUN Sura telah mewakilkan kepada Timbalan Pengarah MTD Sura, Haji Mohd Amin Hamid bagi menyampaikan sumbangan penghargaan kepada 2 orang pelajar cemerlang yang juga disenaraikan oleh PAS Cawangan Bukit Chatak 2.

Encik Mohd Nazri menerima sumbangan bagi pihak anaknya,
adik Nur Aimi Shahirah (8A), pelajar dari
SMKA Kuala Abang,
daripada wakil ADUN Sura,
Haji Mohd Amin Hamid

Pelajar dari SMK Mak Lagam,
adik Mohammad Amir Syukri bin Fauzi (8A)

Kebetulan pada masa yang sama, ADUN Sura menziarahi kematian seorang penduduk berhampiran lokasi penyampaian sumbangan tersebut.

Enam orang pelajar berkenaan ialah adik Ummi Sayyidatul Habibah binti Mat Lazin (9A) dari Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun, adik Tengku Aminah binti Tengku Mohd Fauzi (9A) dari Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, adik Nur Aimi Shahirah binti Mohd Nazri (8A) dari SMKA Kuala Abang, adik Muhammad Amsyar Afiq bin Ahmad Azha (8A) dari SMA Sultan Ismail, Dungun, adik Mohammad Amir Syukri bin Fauzi (8A) dari SMK Mak Lagam, dan adik Fatin Ilyana Hanim binti Che Gani (7A) dari SMK Sultan Omar, Dungun.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura