Johari Jaafar Sat | Feb 07, 09 | 10:42:14 pm MYT | |
Saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan trajedi di Semenanjung Gaza, penderitaan rakyat Palestin dipaparkan di kaca televisyen. Namun apa yang berlaku di Kuala Kangsar semalam digelapkan daripada kaca televisyen kerana BN malu mengaku kezaliman mereka. Seorang penulis blog, Azizul NIzam Zulkifli memberitahu beliau melihat Dr. Lo' Lo' menitiskan airmata apabila merawat kanak-kanak sekolah yang berusia 10 tahun pengsan akibat asap tebal gas pemedih mata. Rakyat dan juga dunia menyaksikan gas pemedih mata dibedil anggota FRU ke dalam masjid Ubudiyah. Tidak kira yang muda mahupun yang tua, disepak terajang oleh anggota FRU tanpa belas kasihan. Ada yang cedera ditembak dengan peluru getah. Ramai yang sesak nafas dan pedih mata akibat gas tersebut. Masjid bukan lagi tempat yang selamat daripada serangan polis. Anggota pasukan keselamatan digunakan sebagai perisai untuk memisahkan rakyat daripada pandangan mata pihak pemerintah dan raja. Rakyat kini bagaikan pengemis yang menunggu rezeki di tepi jalan dan tidak perlu dihiraukan mungkin 'mereka' melihat rakyat pun umpama satu dosa agaknya. Rakyat mahu keadilan, kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa berkuasa di negeri ini, BN atau Pakatan Rakyat. Bubarkan DUN Perak, itulah pinta rakyat._ sumber : Harakahdaily |
SELAMAT MENJALANI SESI BARU PERSEKOLAHAN
6 years ago
0 komen:
Post a Comment