| | | |
Written by Wan Kay |
Tuesday, 17 February 2009 03:01 |
Dungun – Penasihat Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim (Ku Duka) berdukacita dengan pembatalan ‘permit’ penggunaan Padang Astaka Dungun pada saat-saat akhir, dan menyarankan pegawai Majlis Perbandaran Dungun (MPD) supaya bertaubat. “Saya sungguh dukacita apabila kelulusan kita (Mampat) untuk guna Padang Astaka dibatalkan di saat akhir oleh pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD), “Kepada pegawai-pegawai yang batalkan tempat kita (Mampat) di Padang Astaka itu saya hendak suruh (minta) dia (pegawai) bertaubat,” tegasnya ketika merasmikan Program Rayuan Gaza Palestin ‘Bantulah Mereka’ di perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, baru-baru ini Katanya, program yang baik bagi membantu saudara keIslam yang dizalimi di bumi Palestin ‘dihalang’ oleh orang Islam sendiri. Oleh itu, beliau menggesa agar rakyat ‘mengajar’ pemerintah yang seumpama itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Sebelum itu, beliau turut menyeru umat Islam di negara ini bersungguh-sungguh memboikot barangan dan perkhidmatan keluaran Israel. “Boikot barang-barang yang dijual di Malaysia yang ada hubungkait dengan Israel kerana keuntungan itu akan disalurkan kepada rejim zionis yang kejam itu. “kita (umat Islam) pulau barangan yang jelas ada kaitan langsung dengan Yahudi Zionis di Israel,”katanya. sumber : Buletinonline |
0 komen:
Post a Comment