Thursday, February 5, 2009

Dari Perak ...

YB Ust Hj Wan Hassan sedang menyampaikan sumbangan peribadi kepada
salah seorang pelajar cemerlang PMR 2008 pada petang Jumaat, 6 Februari.

DUNGUN - Ketika tumpuan seluruh negara beralih meneliti perkembangan politik di negeri Perak, YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli bergegas pulang bagi memenuhi susunan jadualnya untuk bersama penduduk di kawasan yang diwakilinya.

Beliau yang merupakan Pengarah MTD Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun turut berada di Perak untuk memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, sempat hadir menyampaikan sumbangan penghargaan kepada para pelajar cemerlang PMR 2008. Seramai 5 orang para pelajar yang tinggal di sekitar Kampung Bukit Chatak 02 telah dikunjungi oleh beliau. Kunjungan beliau turut diiringi oleh beberapa orang wakil Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Bukit Chatak 02 .

Para pelajar cemerlang ini merupakan harapan bangsa dan negara yang pastinya di masa hadapan akan menjadi pemimpin yang mampu memandu kepimpinannya ke arah budaya Islamik di bawah landasan demokrasi - menolak sebarang bentuk kepimpinan jibayah yang berpaksikan kebendaan dan hawa nafsu sehingga menafikan pilihan rakyat sepertimana yang sedang berlaku di Perak sekarang.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura