Wednesday, February 11, 2009

" Rayuan Gaza Palestin - Bantulah Mereka "


PDF Print E-mail
Written by Wan Kay
Wednesday, 11 February 2009 04:42

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/amalgaza.jpgKuala Terengganu - Yayasan Amal Malaysia (Amal) Cawangan Terengganu bersama Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di negeri Terengganu melancarkan kempen ‘Rayuan Gaza Palestin – Bantulah Mereka’.

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Hj Husin Ismail berkata kempen ini diharap dapat membuktikan kepada malaysia dan dunia, rakyat Terengganu dari pelbagai latarbelakang, fahaman dan sikap bersepakat dalam isu Palestin.

“Objektif utama adaah untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bentuk bantuan terutama dalam bentuk kewangan, sebagai bukti rakyat Terengganu bersepakat dalam isu Palestin,

“disamping meneruskan doa dan munajat kita kepada Allah, supaya rakyat Palestin dibebaskan dari cengkaman dan kekejaman regim Israel,”katanya kepada wartawan dalam satu sidang media yang diadakan disini semalam.

Menurutnya apa yang berlaku di Gaza merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaan regim zionis apabila orang awam tanpa senjata, wanita dan kanak-kanak diserang serta hospital dan sekolah dimusnahkan.

Beliau berkata Yayasan Amal yang mengunjungi Gaza baru-baru ini telah dapat menyampaikan bantuan awal yang telah isumbangkan oleh pelbagai pihak dari Malaysia.

Katanya dalam misi tinjauan banyak tragedi yang menyayat hati dapat disaksikan dan pelbagai kesusahan yang ditanggung mereka tidak dapat digambarkan dengan perkataan.

“Yang paling meyayat hati ialah apabila empangan yang membekalkan air untuk rakyat palestin telah musnah di bom tentera zionis,

“Palestin kini menjadi medan ujian senjata terbaru kuasa dunia dimana penggunaan bom kimia ‘phosphorus putih’, bom pisau dan satu bom misteri yang belum pernah ditemui di mana-mana peperangan di dunia,”ujarnya dalam menceritakan penderitaan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin terutamanya di Gaza.

Oleh yang demikian, katanya, Yayasan Amal cawangan Terengganu bersama Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lain bergabung untuk bagi menganjurkan bersama satu program yang di beri nama ‘Rayuan Gaza Palestin - Bantulah Mereka’.

Menurutnya pelancaran program tersebut akan diadakan pada 13 Februari 2009 (JUMAAT) di Padang Astaka Majlis Perbandaran Dungun, Terengganu.

Katanya pelbagai program akan diadakan bermula jam 3.00 petang pada hari pelancaran itu termasuk jualan cenderahati, solat isya’ dan solat hajat berjamaah, pidato keamanan serta tayangan video.

“Orang ramai, badan-badan NGO, orang persorangan, syarikat-syarikat swasta boleh memberikan sumbangan pada hari tersebut,”kata beliau.

Mengulas lanjut, katanya, pelbagai program ‘Rayuan Gaza Palestin - Bantulah Mereka’ akan digerakkan selama sebulan termasuk mengadakan ‘roadshow’, majlis makan malam, malam airmata palestin, tayangan video, ceramah taklimat dan jualan cenderahati pelekat kereta motosikal.

Justeru, pihaknya merayu kepada semua pihak agar dapat menyokong dan memberikan sumbangan terutamanya dalam bentuk kewangan.

Segala pertanyaan boleh di rujuk kepada Sekretariat program ‘Rayuan Gaza Palestin - Bantulah Mereka’ dengan menghubungi Encik Zaidan Abdullah di talian 013 – 979 7025 atau Cikgu Fauzi di talian 013 – 923 8685.

SEMUA LAPISAN MASYARAKAT
TANPA MENGIRA ANUTAN AGAMA & FAHAMAN POLITIK

DIJEMPUT HADIR KE PADANG ASTAKA, DUNGUN, TERENGGANU.

sumber : Buletinonline

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura