Wednesday, February 4, 2009

TERKINI : PERKEMBANGAN PERAK

Demi Keadilan Tuanku Wajar Bubarkan DUN Perak PDF Print E-mail

sumber : Buletinonline

Written by Editor
Wednesday, 04 February 2009 19:00

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/azlan.gif

Kemaskini 12 malam - MB Perak yakin keputusan Sultan adil, Nizar Masih Menteri Besar


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.

"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada parti-parti politik dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita semalam.

Mohammad Nizar, yang ditemui di Ibu Pejabat PAS Perak untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti itu di sini malam ini, berkata pada majlis mengadap beliau dengan Sultan Perak di Istana Kinta petang tadi, Sultan Azlan Shah belum menitahkan keputusan baginda kepadanya.


"Tuanku bertitah baginda memerlukan masa untuk membuat kajian sedikit (atas cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)).

"Mungkin Tuanku akan merujuk kepada pakar-pakar perundangan supaya dapat mengelak sebarang krisis Perlembagaan. Saya akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku," katanya bagi mengulas pertemuan selama dua jam di Istana Kinta petang tadi.

Bernama memetik Mohammad Nizar berkata, majlis mengadap Sultan Perak berjalan dengan cukup baik seperti biasa dan telah mempersembahkan kepada baginda keadaan politik negeri Perak yang tidak menentu dan memohon perkenan baginda untuk membubar DUN dengan serta merta.

Memandangkan Sultan Perak belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut, "Saya masih berterusan mentadbir bersama-sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat, dan akan menjalankan tugas seperti biasa."

Beliau berkata, pada pandangan Pakatan Rakyat, bagi menyelesaikan masalah ketidak tentuan politik di negeri ini berikutan wujudnya ADUN yang melompat parti maka adalah baik diadakan pilihan raya semula dan keputusannya akan menjadi lebih bersih.

Jika Sultan Perak tidak berkenan untuk membubarkan DUN, kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh memerintah sebagai kerajaan sementara dan kerajaan ini masih sah sebagai kerajaan minoriti seperti yang berlaku di Kanada dan India, katanya.


Menyentuh mengenai tindakan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong yang meninggalkan parti DAP untuk menjadi wakil bebas dan menggugat jawatannya sebagai Timbalan Speaker DUN, Mohammad Nizar berkata "kita perlu tunggu keputusan sama ada kerajaan negeri dibubarkan atau tidak".

" Buat masa ini, kita kena kaji semula UndangUndang Tubuh Kerajaan Perak mengenai perkara itu," katanya.

Menyentuh mengenai pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini yang mengatakan Barisan Nasional (BN) Perak kini mempunyai kerusi majoriti di DUN, Mohammad Nizar tidak mahu mempercayainya dan sekiranya benar ia adalah satu konspirasi politik yang besar.

Katanya, empat ADUN Pakatan Rakyat itu belum menyerahkan kenyataan rasmi mengenai keputusan mereka untuk menjadi wakil bebas.

Mengenai ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai semula Umno, Menteri Besar Perak itu mendakwa Nasaruddin mungkin dipaksa keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru disertai pada 25 Jan lalu atau "sebagainya".

Najib di Putrajaya hari ini berkata, BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat ADUN daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.

Empat wakil rakyat itu adalah ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR, ADUN Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP dan Nasaruddin.

Najib berkata ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah memaklumkan melalui surat kepada Sultan Perak mengenai tindakan mereka keluar daripada parti masing-masing semalam manakala ADUN Bota kembali kepada Umno hari ini.

Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi dan menurut Najib, walaupun BN mempunyai bilangan kerusi DUN sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketigatiga wakil raktyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN.

Kemaskini 11.15 malam – Munajat dan Solat Hajat Menyokong Menteri Besar Perak

Kuala Terengganu - Satu Program Munajat dan Perhimpunan Rakyat Menyokong Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaludin akan diadakan pada hari esok, 5 Februari, 2009 pada jam 7 malam di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh.

Program tersebut dijangka turut di hadiri oleh Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan yang sama, jamaah masjid Pengadang Baru dekat d telah mengadakan solat hajat dan munajat memohon dan mengadu kepada Allah SWT.

Solat hajat tersebut telah diadakan selepas solat Isya’ malam tadi, di imamkan oleh Ustaz Kamaruzaman yang sebelumnya menyampaikan kuliah mingguan beliau.

Seramai kira-kira 300 jamaah yang turut solat bersama kemudiannya diminta oleh Ustaz Kamaruzaman supaya bersabar dan berdoa.

Justeru semua rakyat diminta turut mengadakan solat hajat dan munajat kepada Allah SWT

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura