Sunday, February 15, 2009

Soal Jawab Sidang Media - 15 Feb, HUSAM MUSA





Sunday, 15 February 2009 16:23

Berikut adalah soal jawab dalam sidang akhbar oleh :-
01 - Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR,
02 - Dato Husam Musa, Naib Presiden Pas dan
03 - YM Tunku Abdul Aziz dari DAP

selepas ucapan perasmian Bengkel Pemerkasaan Permuafakatan Pakatan Rakyat
di Hotel Armada, Petaling Jaya pada hari Ahad, 15hb Februari 2009.

Soalan Pertama: Mengenai kedudukan YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri:

Sehingga hari ini, Pak Lah masih belum mengumumkan tarikh sebenar beliau akan mengundurkan diri sebagai PM. Ini membuka keraguan adakah beliau sebenarnya tidak akan meletakkan jawatan.

Pada hari pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7hb April nanti, sudah tentu DS Najib masih belum lagi menjadi PM dan persoalan siapa sebenarnya yang akan memegang 'full command' sekali lagi akan timbul dan ini akan melemahkan jentera pilihanraya BN.

Difahamkan, dalam mesyuarat kabinet, Abdullah membentangkan jadual rasmi PM sehingga Ogos. Ini menambahkan lagi persoalan samada beliau benar-benar akan berundur atau tidak pada bulan Mac nanti.

Soalan Kedua: Mengenai Tarikh Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau:

SPR amat jelas kelihatan mengambil kira tarikh perhimpunan agung UMNO sehingga tarikh pilihanraya kecil itu ditetapkan hanya satu hari sebelum genap tempoh maksima 60 hari pilihanraya mesti diadakan.

Namun, UMNO lupa bahawa hari penamaan calon akan berlaku sehari selepas keputusan pemilihan UMNO diketahui!

Bayangkan calon-calon Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita dan juga Ketua Pemuda yang tewas yang terpaksa turun ke gelanggang pilihanraya kecil itu.

Insya Allah UMNO di kala itu akan berada di tahap yang paling lemah.

Soalan Ketiga: Mengenai Derhaka Kepada Raja Melayu

Saya suka mengingatkan UMNO supaya jangan memainkan isu ini secara emosional. Asingkan isu antara derhaka dan samada peranan raja seperti yang dikehendaki oleh perlembagaan dipenuhi atau tidak.

Jika demonstrasi anjuran Pemuda UMNO hendak dijadikan kayu ukuran, kehadirannya amatlah sedikit sekali. Hanya antara 1000 hingga 2000 orang sahaja. Adakah ini bermakna begitu sedikit rakyat Malaysia yang sayangkan Raja2 Melayu?

Jawapannya tentulah tidak samasekali.

Bilangan rakyat yang amat mengasihi Raja2 Melayu amatlah ramai, tetapi mereka melihat demonstrasi anjuran Pemuda UMNO hanya untuk mengambil kesempatan politik secara penuh emosi, dan sebenarnya tiada siapapun yang mencabar Raja2 Melayu.

Dato Haji Husam Musa
Naib Presiden Pas

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura