Monday, February 2, 2009

Mesyuarat Lajnah Politik PAS, Exco Negeri serentak di kediaman MB Perak

sumber : Harakahdaily

Azamin Amin

Mon | Feb 02, 09 | 11:03:23 pm MYT

IPOH, 2 Feb (Hrkh) - Ketika ini sedang berlangsung Mesyuarat Lajnah Politik PAS yang diadakan di kediaman Menteri Besar Perak yang bermula jam 10 malam tadi.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa

Turut hadir sama Setiausaha Agung PAS Dato'Kamaruddin Jaffar, Pengarah Pilihanraya PAS Dato' Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Dato' Mahfuz Omar, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang, Timbalan Pesuruhjayanya Asmuni Awi dan Ketua Penerangan PAS Negeri Misbahul Munir.

Hadir sama Menteri Besar Perak Dato Ir Nizar Jamaluddin yang baru sahaja tiba daripada Kuala Kangsar selepas mengiringi Sultan Perak dalam satu Majlis Jubli Perak Pemerintahan Tuanku selama 25 tahun.Esok merupakan hari cuiti am bagi negeri Perak.

Dalam masa yang sama, mesyuarat exco kerajaan negeri juga diadakan serentak di kediaman rasmi namun di bilik mesyuarat yang berasingan dan kedua-dua mesyuarat terbabit, difahamkan bagi membincangkan situasi terkini yang berlaku di Perak.

Hasil keputusan mesyuarat dijangka akan diumumkan jam 12 tengah malam nanti.

Kawalan agak ketat di kediaman tersebut atas faktor keselamatan dan dipantau oleh pasukan Unit Amal PAS.Difahamkan pihak media dan yang tidak berkenaan tidak dibenar masuk malah semua mesyuarat PAS dan kerajaan negeri selepas ini dijangka akan diadakan di sini atas faktor keselamatan.- azm_

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura