Saturday, February 14, 2009

TERKINI : Polis Halang Program 'Jom Sertai PAS'

Bashir Ishak
Sat | Feb 14, 09 | 5:17:36 pm MYT

5.35pm| ALOR STAR, 14 Feb (Hrkh) -Program pelancaran Jom Sertai PAS di Alor Star berhadapan Pekan Rabu dihalang polis atas alasan keselamatan.

Sebelum ini, pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) telah memberikan permit kepada penganjur untuk meneruskan program tersebut.

Antara pimpinan PAS yang hadir dalam program tersebut adalah, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ir Amiruddin.

Orang ramai kelihatan memenuhi ruangan pekarangan Pekan Rabu untuk menyertai kempen yang dianjurkan pihak pemuda PAS.

Dalam pada itu, pihak polis dianggap biadap apabila menutup suis pembesar suara sebanyak dua kali dalam program yang mendapat sambutan masyarakat sekitar petang ini.

Pertama, adalah apabila kumpulan nasyid sedang membuat persembahan dan kali kedua adalah apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mussodak Ahmad sedang berucap.

Selain itu, pihak polis juga merampas 'bunting' kempen 'Jom Sertai PAS' dan 'backdrop yang digunakan dalam majlis tersebut.

Sementara itu, usaha Salahuddin dan Ustaz Mussodak untuk berbincang dengan pihak polis menemui kegagalan dan akhirnya pihak polis menyuraikan semua yang ada di kawasan tersebut. - mks._

sumber : Harakahdaily

1 komen:

Pemuda Pelapis on February 14, 2009 at 6:12 AM said...

Jom kita tengok...

WAJAH-WAJAH PENDERHAKA NEGARA

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura