Saturday, April 3, 2010

Dato' Seri TG Presiden Singgah Di Dungun Menziarahi Bekas Bendahari Agung PAS, Haji Abdul Wahab Yunus

DUNGUN 3 April, Sabtu - Sebelum menyampaikan kuliah maghrib di Surau Feri, Kemasik seterusnya menyampaikan ceramah di Tapak Festival DUN Chukai, Kampung Geliga, Kemaman, Presiden PAS, Y.B. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang singgah di Kampung Molek, Dungun menziarahi Tokoh Jubli Emas PAS Terengganu, Haji Abdul Wahab Yunus yang masih keuzuran.

Rombongan DS Tuan Guru turut disertai oleh isteri beliau, Toh Puan Hajjah Zainab Awang.




Selain ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, mengiringi sama ziarah ini ialah Bendahari DUN Sura, Haji Abdullah Ibrahim, beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pemuda DUN Sura serta Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Molek.




Terdahulu, ADUN Sura telah menziarahi Haji Abdul Wahab Yunus bersama Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura dan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Molek.




Veteran PAS Dungun, Encik Muhamad Nor Mustapha adalah di antara yang turut mengiringi DS Tuan Guru Presiden semasa ziarah ini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura