Wednesday, April 21, 2010

Keputusan PRK Hulu Selangor Diketahui 11 Malam : SPR

HULU SELANGOR : Keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dijangka diketahui 11 malam, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Zaid Ibrahim (kiri) bertemu pengundi di Pasar Bukit Sentosa
ketika berkempen di Hulu Selangor, hari ini. -
Foto Abdullah Yusof - Apr 21, 2010 4:40 pm

Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada pelbagai faktor termasuk semua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan mengikut jadual iaitu 9 malam.

"Sekiranya semua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan pada 9 malam maka kita jangka dapat umumkan keputusan itu 11 malam.

"Tetapi kita takdapat pastikan sebab mungkin akan berlaku pengiraan semula undi di pusat pengiraan undi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Wan Omar berkata undi pos untuk pilihan raya kecil itu juga telah diagihkan kepada pasukan polis dan tentera dan mereka yang terlibat akan mengundi pada esok dan Jumaat ini.

Proses membuang undi pos akan dijalankan di ibu pejabat polis daerah dan kem tentera di Kuala Kubu Bahru, katanya. - Bernama

sumber : bharian.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura