Dalam perjuangan, para pejuang sudah pasti akan menghadapi suasana tekanan perasaan, cabaran musuh, kepayahan, keletihan, bosan, serba kekurangan, kesedihan dan sebagainya.
Dalam keadaan inilah manusia memerlukan bimbingan dan tiupan semangat untuk mengukuhkan pendirian dan memantapkan gerakan. Oleh itu, al-Quran adalah sumber terbaik yang akan memberikan kesemua input tersebut.
Sayyid Qutb menjelaskan dalam Fi Zilal al-Quran: Sesungguhnya al-Quran itu menghubungkan masa silam manusia dengan masa depannya dan masa akan datang dengan masa silam. Dalam ayat-ayat tadi, al-Quran mahu menerangkan bahawa segala perkara yang menimpa orang-orang yang mendustakan para rasul dahulu akan menimpa pendusta-pendusta hari ini dan masa akan datang.
Dari satu sudut, tujuannya adalah supaya hati-hati pendokong jamaah Islam merasa tenang kerana memahami kesudahannya kelak dan dari sudut lain pula, supaya mereka berwaspada agar tergelincir seperti golongan pendusta-pendusta tadi.
Menyentuh soal kekalahan Allah swt berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 137-142, bermaksud:
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul) [137].
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa [138].
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh) beriman [139].
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah mendapat luka yang sama (dalam perang Badr). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan). kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim [140].
Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir [141].
Atau adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar? [142]"
baca artikel penuh...di sini.

0 komen:
Post a Comment