DUNGUN 21 April, Rabu - Dua orang warga emas melahirkan kesyukuran masing-masing selepas menerima kerusi roda yang telah disampaikan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, petang semalam.
Cik De Timah dan Pak Man (suami Cik De Timah) bergambar kenangan
bersama ADUN Sura, Encik Baharuman dan Encik Mohd Yusof
bersama ADUN Sura, Encik Baharuman dan Encik Mohd Yusof
Di Lorong 2, Kampung Padang Jambu, Fatimah Ngah, 73, yang lebih seminggu diserang stroke merasa terharu di atas kunjungan ADUN Sura bersama rombongan bagi menyampaikan kerusi roda, untuk memudahkan pergerakan beliau.
" Makcik tak sangka Ustaz akan datang ke rumah jenguk makcik petang ni, terima kasihlah kerana susah-susah sampaikan bantuan untuk makcik, " ujar beliau, yang lebih dikenali sebagai Cik De Timah, yang nyata terharu dan gembira.
ADUN Sura diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Padang Jambu, Encik Baharuman Haji Abdul Hamid dan Ahli Jawatankuasanya, Encik Mohd Yusof Ismail.
Sementara itu, seorang lagi warga emas di Kampung Bijangga, Mek Mah Aji, 73, yang tidak berupaya berjalan seperti biasa semenjak keuzuran lebih 5 tahun lalu, turut melahirkan rasa terharu di atas kunjungan ADUN Sura.
Beliau yang kebetulan bertandang ke rumah salah seorang anaknya, tidak jauh dari kediaman beliau, turut menerima kerusi roda sebagai bantuan untuk memudahkan pergerakan beliau.
0 komen:
Post a Comment