Monday, April 26, 2010

Sekatan Kebebasan Media : Usul Dalam Dewan Negara

MENJELANG Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, masyarakat sivil semakin lantang untuk menentang sekatan kebebasan media yang berlaku di negara kita. Malah, perletakan jawatan penerbit ntv7, Joshua Wong baru-baru ini, telah mendedahkan realiti bagaimana kebebasan media arus perdana dikawal dan disekat oleh pemerintah.

Lantaran daripada itu, senator Tunku Abdul Aziz (gambar kiri), bakal mengusulkan "kes campur tangan politik dalam urusan ntv7 untuk menyekat kebebasan media dan membantutkan perbahasan politik yang sihat", di Dewan Negara dalam masa terdekat. Bagaimanapun, kes yang cuba diusulkan di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (3) ini tidak sempat dibacakan dalam Dewan Negara, pada hari ini.

"Saya mengusulkan perkara ini kerana percaya Parlimen harus memandangkan berat insiden ini kerana campur tangan politik dari pihak kerajaan - termasuk isteri Perdana Menteri yang bukan seorang ahli Eksekutif - pasti akan menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat. Ia tidak membantu kita mencapai tahap negara maju, sebaliknya merupakan taktik yang digunakan oleh diktator negara mundur untuk terus membelenggu rakyatnya," kata Tunku Abdul Aziz dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, "Usul ini juga dibawa dalam memastikan profesionalisme dan budaya kreatif media dan serta hak rakyat bersuara tidak terus terjejas."

Joshua Wong (gambar kanan), penerbit rancangan forum Editor's Time, meletak jawatan pada 20 April 2010 untuk menunjukkan ketidakpuasannya terhadap syarikat media yang beliau berkhidmat, kerana tunduk kepada aduan daripada Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, menurutnya.【Penerbit letak jawatan, dedah ntv7 menerima aduan Rosmah】

Setelah sidang media tersebut diadakan, bosnya, Tan Boon Kooi telah mengeluarkan satu kenyataan media, memuji Joshua Wong sebagai pengamal media yang baik. Bagaimanapun, Tan Boon Kooi tidak menafikan tuduhan Joshua Wong. 【Joshua pengamal media yang baik, puji bosnya】

CPI: Najib harus jelaskan

Malah, ketika diminta untuk mengulas isu ini pada 24 April, Rosmah Mansor sekadar menjawab, "I have nothing to say" (Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan).

baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura