Sunday, April 4, 2010

Presiden lawat Tokoh Jubli Emas PAS Terengganu

Tengku Mohd Zamree

DUNGUN, 5 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menziarahi mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Haji Abdul Wahab Yunus di Kampung Molek, di sini, petang kelmarin.

Beliau dalam perjalanan menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Feri, Kemasik seterusnya menyampaikan ceramah di Tapak Festival Dun Chukai, Kampung Geliga, Kemaman.

Rombongan Tuan Guru Abdul Hadi turut disertai isteri, Toh Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah di samping Yang Dipertua PAS kawasan yang juga Adun Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Bendahari Dun Sura, Haji Abdullah Ibrahim, beberapa Ahli Jawatankuasa Pemuda Dun Sura serta Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Molek.

Abdul Wahab, 69, yang diserang angin ahmar sebelum Iduladha lalu adalah salah seorang daripada 20 penerima Anugerah Tokoh Jubli Emas PAS Terengganu yang diadakan di sini pada pertengahan 2006 lalu.

Beliau pernah menjadi Adun Ulu Dungun pada 1964 hingga 1969, Ahli Parlimen Dungun (1969-1978); Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (14 April 1977-17 November 1977, Pengurus Lapang Kupar Development Co. Sdn Bhd di Bandar AMBS, Dungun (1979-1982) dan Pengerusi Getex (M) Sdn Bhd, Dungun bermula 1982 hingga sekarang.

Di dalam parti pula, beliau yang menyertai PAS pada 9 Ogos 1956 pernah memegang jawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Dungun (1957-1960), Ketua DPP Dungun (1960-1961), Setiausaha PAS Kawasan Dungun (1960-1975), Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun (1979-1983), Ketua DPP Negeri Terengganu (1965-1969), Bendahari, Setiausaha dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu (1968-1975), Pesuruhjaya PAS Terengganu (1975-1982), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1973-1975), Bendahari Agung PAS (1977-1979) dan AJK PAS Pusat (1979-1983).

Sumber HarakahDaily.Net

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura