KUALA LUMPUR, 7 APR : Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak lagi mengiktiraf peranan Badan Pemantauan Pilihan Raya Bebas Malaysia (Mafrel) membayangkan suruhanjaya itu mengikut telunjuk pimpinan Umno Barisan Nasional.
SPR dalam kenyataan media menggunakan alasan, kononnya Mafrel melanggar syarat pelantikan sebagai badan pemantau pilian raya kerana gagal mengemukakan laporan kerja dalam sembilan pilihan raya kecil sejak Ogos 2008.
Hakikatnya, keputusan itu termaktub sehari selepas kecaman liar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar terhadap Mafrel yang dipaparkan media arus perdana secara meluas. "Tindakan SPR mengikut telunjuk BN dan melindungi mereka daripada perkara yang tidak demokratik dan bertentangan dengan demokrasi. Ini konspirasi antara BN dan SPR dalam menutup pencabulan yang bakal dilakukan BN," katanya.
Sebelum ini, Mafrel menyifatkan perbuatan pimpinan Umno BN menabur pelbagai janji menjelang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor sebagai bertentangan dengan syarat pilihan raya yang menghalang aktiviti sebelum hari penamaan calon.
Mahfuz juga mengesyaki tindakan ke atas Mafrel untuk tidak membenarkan proses pemantauan menjadi isyarat untuk menghalalkan pelbagai bentuk ketempangan demokrasi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
"Demi kepentingan proses pemurniaan demokrasi dan perjalanan pilihan raya yang harus bersih di negara kita ini. SPR harus menarik kembali larangan bagi pengiktirafan," katanya.
sumber : tvselangor.com
Ia juga menunjukkan pimpinan Umno BN mahu mengelakkan amalan tidak demokratik mereka tidak terbongkar, lebih-lebih lagi ketika di ambang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
SPR dalam kenyataan media menggunakan alasan, kononnya Mafrel melanggar syarat pelantikan sebagai badan pemantau pilian raya kerana gagal mengemukakan laporan kerja dalam sembilan pilihan raya kecil sejak Ogos 2008.
Hakikatnya, keputusan itu termaktub sehari selepas kecaman liar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar terhadap Mafrel yang dipaparkan media arus perdana secara meluas. "Tindakan SPR mengikut telunjuk BN dan melindungi mereka daripada perkara yang tidak demokratik dan bertentangan dengan demokrasi. Ini konspirasi antara BN dan SPR dalam menutup pencabulan yang bakal dilakukan BN," katanya.
Sebelum ini, Mafrel menyifatkan perbuatan pimpinan Umno BN menabur pelbagai janji menjelang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor sebagai bertentangan dengan syarat pilihan raya yang menghalang aktiviti sebelum hari penamaan calon.
Mahfuz juga mengesyaki tindakan ke atas Mafrel untuk tidak membenarkan proses pemantauan menjadi isyarat untuk menghalalkan pelbagai bentuk ketempangan demokrasi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
"Demi kepentingan proses pemurniaan demokrasi dan perjalanan pilihan raya yang harus bersih di negara kita ini. SPR harus menarik kembali larangan bagi pengiktirafan," katanya.
sumber : tvselangor.com
0 komen:
Post a Comment