di meja makan penghujung April tahun lalu.
Kejayaan atlit kelahiran Terengganu berusia 22 tahun itu mencipta kejayaan penuh gemilang di peringkat antarabangsa mahupun tempatan membolehkannya membawa pulang anugerah itu, menewaskan calon pilihan, Datuk Lee Chong Wei yang juga pemenang tahun lalu serta jaguh renang, Daniel Bego.
Atlit dari Terengganu itu menyifatkan kemenangan tidak diduga bakal meniup semangatnya untuk terus berjuang menjulang sukan berbasikal negara di persada antarabangsa terutama menjelang temasya Sukan Asia dan Komanwel.
“Pernah satu ketika dulu sewaktu saya turun ke dewan makan di MSN (Majlis Sukan Negara), saya melihat terpampang poster olahragawan ditampal di dewan berkenaan dan saya berkata dalam hati agar satu hari nanti, gambar saya akan turut berada dalam poster berkenaan.
“Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya impian itu terlaksana hari ini (semalam) selepas tahun lalu saya hanya dicalonkan namun gagal untuk meraih kejayaan,” katanya yang membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
Antara pencapaian dirangkul Azizul adalah muncul pelumba keirin terbaik dunia serta berada di kedudukan ketujuh dalam acara pecut, di samping memenangi pingat perak acara pecut Kejohanan Dunia yang berlangsung di Poland, Mac tahun lalu, selain merangkul pingat emas Piala Dunia di Beijing menerusi acara keirin.
Pencapaiannya di peringkat Asia adalah merangkul dua pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang berlangsung di Kalimantan, Indonesia menerusi acara pecut dan pecut berpasukan.
Terdahulu, Azizul turut menerima Anugerah Penulis-Penulis Sukan (SAM), Februari lalu, juga menewaskan Chong Wei.
Turut sama menerima Anugerah Sukan Negara yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, semalam adalah Datuk Nicol Ann David yang dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan buat kali ketujuh.
Pasukan Lelaki Kebangsaan dimenangi skuad bola sepak Bawah 23 negara selepas berjaya menamatkan penantian 20 tahun pingat emas Sukan Sea di Laos. Hadiah buat pasukan wanita menjadi milik skuad akuatik terjun.
Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan dimenangi Mohamad Salam Sidik (memanah) dan Norhayati Sarnoh (boling padang).
Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan menjadi milik K Rajagobal (bola sepak) dan Yoong Thong Foong (wushu), Anugerah Kepemimpinan Kebangsaan dibawa pulang Edmund Yong (golf) manakala Anugerah Khas dimenangi Dr T Thulukanam (karate). Tiada pemenang bagi Anugerah Tokoh Sukan dan Anugerah Tokoh Jurulatih Wanita.
sumber : hmetro.com
0 komen:
Post a Comment