Thursday, April 8, 2010

BERITA PENUH : Anwar Kemuka Bukti Tambahan, Tulis Surat Kepada Agong

KUALA LUMPUR 8 APR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ni mengemukakan bukti tambahan terhadap pembabitan Apco Worldwide dan sekutunya dengan polis dan kerajaan Umno-Barisan Nasional sehingga menggugat keselamatan negara.


Sehubungan itu, Anwar mengesahkan beliau memohon perkenan Yang di Pertuan Agong untuk menasihati Perdana Menteri Najib Razak membatalkan kontrak dengan Apco dan Asiasoft yang dikaitkan dengan pegawai-pegawai Yahudi dan perisikan Israel.

“Saya menulis surat atas nama Ketua Pembangkang, menyusuri langkah yang diambil oleh Ahli-ahli Parlimen PAS beberapa hari lalu untuk memohon perkenan Tuanku menasihati Datuk Seri Najib membatalkan kontrak dengan Apco dan Asiasoft.

"Ia sebenarnya mencemar maruah dan menggugat keselamatan Malaysia,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Anwar berkata, pembabitan Apco secara langsung dalam menasihati Najib dan kerajaan pimpinan beliau serta hubungan Asiasoft dengan polis Diraja Malaysia (PDRM) di sahkan sendiri oleh sumber-sumber rasmi kerajaan.

“Laporan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Logistik surat kepada Ketua Pengarah BPR yang dulu menyebut kaitan dengan Israel, menyebut pemegang saham Asiasoft.

"Ketua Cawangan Khas PDRM mengesahkan syarikat ini ada kaitan dengan perisik Israel,” katanya lagi.

Anwar berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hanya perlu merujuk laporan di pejabatnya sendiri untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai pembabitan unsur-unsur Yahudi dalam urusan PDRM.

Di peringkat kerajaan, katanya, wujud bukti jelas bahawa kalangan pimpinan Umno sendiri mempertikaikan tindakan najib mengupah APCO.

sumber : tvselangor.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura