Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap amatur Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengugut untuk mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal keselamatan negara berikutan tekanan yang diterima Polis selepas orang ramai mempersoalkan kredibiliti organisasinya dalam menguruskan kes kematian seorang pelajar, Aminulrasyid Amzah. PAS mahu pihak Polis bersikap profesional dan menerima secara terbuka kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka. Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.
KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja.
PAS yakin, lebih ramai anggota Polis yang mempunyai kredibiliti mampu untuk menaikan semula imej jabatan itu. PAS juga sedar bahawa hanya sebilangan kecil sahaja anggota Polis yang bermasalah. Tapi pihak Pengurusan PDRM kena belajar terima hakikat ini dan menerima teguran rakyat secara proaktif.
Kita tidak mahu Polis hanya bertindak pantas bila kes sudah menjadi isu dalam surat khabar dan media, sedangkan isu yang tidak diketahui rakyat dipencilkan begitu sahaja.
Keselamatan rakyat kini menjadi keutamaan, dan Polis harus membantu dan membimbing rakyat agar dapat hidup dengan selamat.
PAS juga kesal kerana pihak Polis sebelum ini menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan menganggapnya sebagai satu ancaman. Jika mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak melakukan kesalahan, tiada sebab mereka takut kepada IPCMC.
Kerajaan yang mengantikan IPCMC kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (Siap) juga gagal bertindak walaupun Akta penubuhan agensi itu telah diluluskan tahun lepas. Penubuhan Siap jelas tidak siap mana pun, ianya perlu disegerakan agar rakyat dapat mengadili anggota Polis yang melanggar undang-undang. Uniform Polis bukanlah lesen untuk melakukan pelanggaran undang-undang atau membuli rakyat. Jika Polis tidak bersalah rakyat tidak menghukum.
PAS berharap agar Ketua Polis Negara akan datang lebih profesional dan tidak cepat melatah dalam menghadapi apa jua situasi dan tekanan. PAS juga berharap agar Polis dapat memberikan perkhidmatan yang adil dan tidak tunduk kepada tekanan Menteri yang merupakan ahli Politik yang mempunyai kepentingan tertentu khususnya ketika musim-musim pilihanraya.
Diharapkan selepas ini KPN menumpukan masanya untuk buat kerja bukan buat ugutan lagi kepada rakyat.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat





Lantaran daripada itu, senator Tunku Abdul Aziz (gambar kiri), bakal mengusulkan "kes campur tangan politik dalam urusan ntv7 untuk menyekat kebebasan media dan membantutkan perbahasan politik yang sihat", di Dewan Negara dalam masa terdekat. Bagaimanapun, kes yang cuba diusulkan di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (3) ini tidak sempat dibacakan dalam Dewan Negara, pada hari ini.
Joshua Wong (gambar kanan), penerbit rancangan forum Editor's Time, meletak jawatan pada 20 April 2010 untuk menunjukkan ketidakpuasannya terhadap syarikat media yang beliau berkhidmat, kerana tunduk kepada aduan daripada Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, menurutnya.
Datuk Zaid Ibrahim
P.Kamalanathan

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PR tidak akan berdiam diri dalam perkara ini apatah lagi usaha mereka menyerahkan memorandum bantahan kepada Majlis Raja-Raja baru-baru ini belum mendapat sebarang respons.


Beliau bertanya, "Apa yang mereka lakukan? Ada juga gambar isteri saya. Anda boleh lihat itu superimpose (diubahsuai). Gambar yang mengaitkan anak perempuan saya itu jelas bukannya! Untuk saya, saya telah membuat keputusan...(gambar yang) dalam web ini saya takkan jawab. Benda-benda begini."
Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.















