Sunday, November 28, 2010

Rasuah & Penyalahgunaan Kuasa : Cara Orang Kampung Lahirkan Rasa Bencinya

'Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya'. Begitu juga orang kampung yang benci dengan pelbagai penyelewengan yang dilakukan pemimpin kerajaan dan parti yang memerintah.

photo
gambar hiasan

Bagi Pakcik Yeop Othman, 70, beliau mempunyai cara tersendiri menyampaikan rasa tidak senangnya terhadap gelagat dan tingkah laku pihak yang melakukan pelbagai penyelewengan ini.

Ketika menceritakan kejadian itu, Pakcik Yeop yang mengingat kembali kejadian yang berlaku pada petang kelmarin sambil berkata:

"Pak Chik sungguh tak sangka yang datang ke gerai durian Pakcik di petang itu adalah seorang menteri, iaitu Dato' Seri S. Samy Velu.

"Dalam keadaan rasa panik, tiba-tiba Pak Chik ditanya oleh beliau berapa harga semua buah durian ini?

"Pak Yeop kata, ia tak mahu dijual. Dah ada orang yang membelinya," cerita Pakcik Yeop kepada Harakahdaily.

Maka, kata beliau, S. Samy Vellu pun beredar dengan rasa kehairanan serta memikirkan seribu andaian dengan apa yang dikatakannya itu.

Padahal, katanya, durian itu belum lagi dibeli oleh sesiapa tetapi bila terbayang dengan segala masalah yang dibuat menteri itu, beliau tak mahu menjualnya.

Pakcik Yeop adalah seorang veteran PAS Perak. Beliau mempunyai gerai durian di Jalan Kuala Kangsar - Ipoh.

Kejadian itu telah diceritakan sendiri oleh Pakcik Yeop Othman, seorang bekas polis hutan di zaman komunis dahulu kepada wakil Harakahdaily ketika berjumpa dengan beliau dalam satu majlis ceramah PAS di Kuala Kangsar kelmarin.

Sebelum ini, kata Pakcik Yeop yang berasal dari Kg. Hulu Karai, beliau juga melakukan tindakan yang sama kepada seorang pembeli durian beliau.

Pada suatu hari, katanya, beliau telah bersetuju menjual durian kepada seorang pembeli Melayu di tempat yang sama pada sedikit masa lalu.

"Setelah persejutuan jual beli dibuat dan wang pun telah dibayar, maka saya pun mengambil buah-buah durian berkenaan untuk diletakkan ke dalam bot kereta si pembeli itu.

"Tapi agaknya sudah hendak jadi cerita, tiba-tiba Pak Chik terpandang satu fail bertanda warna merah lambang Umno pada kulit depanya.

"Darah Pakcik pun tiba-tiba rasa meruap dan serentak itu juga pakcik turunkan balik semula buah-buah durian tadi ke gerai dengan berkata, durian tak mahu jual!

"Orang itu bertanya kenapa, apa pasal? Pakcik jawab, "Sebab kamu orang Umno," kata Pak Yeop pendek.

Kata Pakcik Yeop, beliau tidak boleh menerima pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Umno sekarang.

Selain dari itu, tidak ada apa yang beliau boleh lahirkan kamarahannya selain tidak menjual durian kepada mereka, cerita Pakcik Yeop lagi.

sumber : groups.yahoo.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura