Friday, November 19, 2010

Banjir Kilat Di Kota Makkah

Air naik ganggu jemaah ke Kaabah selepas lontar jamrah di Mina

MINA : Hujan menyebabkan di beberapa tempat di kota Makkah dinaiki air semalam sekali gus mengganggu sebahagian jemaah dari Mina yang dalam perjalanan ke Kaabah bagi menunaikan ibadat terakhir Haji tahun ini selepas melontar jamrah.

Foto

Hujan melanda Mina sejak petang kelmarin ketika jemaah mula keluar dari kawasan perkhemahan di Mina bagi melontar jamrah pada hari ketiga.

Air separas buku lali memenuhi jalan raya dari Mina ke Makkah dan menyebabkan lalu lintas tersekat. Kenderaan terkandas di jalan raya yang dinaiki air. Anggota polis trafik dilihat membantu kereta kecil keluar dari air banjir.

Air dilihat menuruni bukit di Mina dan masuk ke dalam khemah jemaah menyebabkan tilam dan barang lain dihanyutkan.

“Di sesetengah khemah, keadaan agak kelam-kabut. Orang ramai berlari untuk mengelak daripada arus air deras,” kata seorang jemaah kepada jurugambar Arab News.

Selepas air surut, jalan raya di Mina dipenuhi pelbagai jenis sampah. Jam tangan dan barang kemas dihanyutkan manakala peniaga tepi jalan meninggalkan kedai bagi mengelak hujan lebat.

Hujan lebat memeranjatkan jemaah namun ia tidak mengejutkan pihak berkuasa Pengurusan Jemaah Asia Selatan. Seorang daripada mereka berkata: “Kami sedia menghadapi hujan seperti diramal.

“Syukur, hujan berlaku pada hari terakhir Haji ketika jemaah berada di Mina. Jika hujan turun lebih awal, keseluruhan jentera pentadbiran akan kucar kacir.”

Televisyen Saudi menunjukkan jemaah terus melontar jamrah dan mengelilingi Kaabah. Ribuan jemaah masih berada di Mina bagi menghabiskan acara melontar.

Jemaah yang gagal meninggalkan Mina sebelum malam perlu tinggal sehari lagi. Ramai jemaah gembira dapat menyelesaikan haji. Pengulas India Muslim terkenal, Ausaf Vasfi, berkata semuanya lancar.

sumber : bharian.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura