Wednesday, November 17, 2010

Kenali VAT 69/UTK Atau 69 Komando

VAT 69/UTK atau 69 Komando dan Unit Tindak Khas merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.

69 Komando

69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis.

Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando.

Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik, Perak untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69 Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan.

Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri.

Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.

Unit Tindak Khas

Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas kedua PDRM selepas 69 Komando. Unit ini dipercayai ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas (bukannya pengganas komunis) oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973.

Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana 69 Komando, Unit Tindak Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat.

Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.

baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura