Wednesday, November 17, 2010

Jamaah Haji Malaysia Bersedia Lontar Jamrah

Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia berada di Mina dan bersedia mengerjakan satu lagi perkara wajib haji iaitu melontar jamrah bermula tengah malam ini waktu tempatan 10 Zulhijjah.



Bermula dengan melontar Jamratul Aqabah, jemaah akan melontar diikuti di Jamratul Ula dan Wusta selepas gelincir matahari pada 11 Zulhijjah.

Semua jemaah negara selamat tiba di Mina awal pagi ini selepas bermalam di di Padang Arafah pada malam 9 Zulhijjah.

Dalam perjalanan itu mereka bermalam sebentar di Muzdalifah bagi mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah pada Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Ritual itu dilakukan bermula selepas gelincir matahari sehingga terbenam matahari.

Semua jemaah Malaysia akan berulang-alik dengan berjalan kaki dari tempat mereka bermalam di Mina ke Kompleks Jamrah sejauh hampir empat kilometer untuk melaksanakan wajib haji itu.

Kompleks Jamrah setinggi lima tingkat terletak kira-kira 21.9 kilometer dari Padang Arafah dan tujuh kilometer dari Mekah.

Selepas selesai, mereka akan mengerjakan tawaf serta sa'ie untuk melengkapkan perkara penting yang menyempurnakan haji seseorang jemaah.

sumber : malaysiakini.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura