Friday, November 19, 2010

Hujan Lebat Monsun Dijangka Melanda Negeri Di Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 19 Nov - Keadaan cuaca yang lembab dijangka berterusan sepanjang bulan ini dan Disembar di utara Semenanjung manakala hujan lebat monsun pula dijangka melanda negeri-negeri di sebelah pantai timur.

http://i268.photobucket.com/albums/jj9/alonrider/Lingkungan%20Hidup/banjirpemdacibinong.jpg

Sementara itu, di Sabah dan Sarawak, dua kejadian hujan lebat dijangka berlaku mulai bulan Disember hingga pertengahan Februari tahun depan.


"Keadaan cuaca ini adalah kesan daripada keragaman iklim semula jadi dunia yang dipengaruhi fenomena La Nina, yang diramalkan akan berterusan sehingga suku pertama tahun depan," kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.

Jabatan itu berkata perkembangan fenomena La Nina menyebabkan monsun timur laut bermula lebih awal dan berkeadaan lebih lembap berbanding biasa, dan dijangkakan sebanyak empat hingga lima kejadian hujan lebat berlaku, yang boleh mengakibatkan banjir.


Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, ketika ini tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan hujan lebat monsun kali kedua akan berlaku dalam tempoh seminggu akan datang.


"Namun, jumlah hujan bagi negeri-negeri pantai timur di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka meningkat bermula Rabu hingga Jumaat depan," katanya.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan bersedia menghadapi musim tengkujuh dan mengikuti perkembangan cuaca melalui media.

sumber : bernama.com

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura