Friday, November 19, 2010

ADUN Sura Ucap Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM 2010

DUNGUN 20 November, Sabtu - Di atas sikap prihatin dan cakna terhadap bidang pendidikan, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, JK Pelajaran DUN Sura serta seluruh warga kerja PAS DUN Sura mendoakan kejayaan kepada semua calon peperiksaan SPM dan STPM yang akan menduduki peperiksaan berkenaan yang akan bermula pada 23 November, Selasa ini.


" Saya mendoakan calon-calon peperiksaan SPM dan STPM di semua pusat peperiksaan seluruh DUN Sura dan Dungun amnya serta seluruh negara moga dikurniakan kemudahan untuk menjawab soalan dengan baik, "

(Gambar hiasan...Adik Nuradilah Binti Yusof, pelajar cemerlang
STPM 2009 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar sedang
menerima sumbangan penghargaan daripada
Y.B. ADUN Sura di rumah bapanya di Kg. Tanah Lot)

" Moga kejayaan yang diimpikan bukan sahaja sebagai bekalan untuk dunia semata-mata, bahkan yang lebih utama adalah boleh menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat, kita tidak mahu kejayaan yang dikecapi hanya di bidang akademik semata-mata tanpa memberi perhatian kepada akhlaq pelajar yang berjaya, " demikian harapan ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun.

Sementara itu, menurut
kenyataan media oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Abdul Ghafar bin Mahmud, peperiksaan bertulis SPM 2010 akan berlangsung dari 23 November hingga 20 Disember 2010, seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan dan 22,183 orang pemeriksa skrip jawapan calon telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.

Kenyataan akhbar Majlis Peperiksaan Malaysia pula menyebut,
seramai 53,674 orang calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 23 November hingga 16 Disember 2010.

Daripada seramai 53,674 orang calon itu, 47,369 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,467 calon sekolah swasta, 4,593 orang calon persendirian individu, 235 calon sekolah kerajaan negeri, dan 10 orang calon sekolah Integriti.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura