Tuesday, November 30, 2010

Memorandum Bantahan Kezaliman & Salahurus Tadbir Majlis Perbandaran Dungun

MEMO BANTAHAN

KAMI JAWATANKUASA BERTINDAK MENANGANI PENYALAHGUNAAN KUASA MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN MEWAKILI SEBAHAGIAN BESAR PENDUDUK DAERAH DUNGUN MENGEMUKAKAN BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA TERHADAP BEBERAPA TINDAKAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN (MPD) YANG MELIBATKAN SALAHURUS TADBIR, PENYALAHGUNAAN KUASA DAN TIDAK PRIHATIN BEBANAN PENDUDUK DALAM PENGURUSAN PERBANDARAN DAERAH DUNGUN.

BANTAHAN KAMI INI SECARA KHUSUS DITUJUKAN KEPADA BEBERAPA ISU DAN TINDAKAN YDP/ MPD SEPERTI BERIKUT;

1) Sikap double standard YDP/MPD yang secara terang terangan membelakangkan polisi dalam pemberian kemudahan kelulusan berniaga kepada bangunan milik MPD dan kroni namun di masa yang sama terdapat banyak bangunan milik individu yang dipersulitkan kelulusan tersebut.

2) Layanan istimewa dan amat mencurigakan yang diberikan kepada syarikat perniagaan luar seperti Mc Donald namun di masa yang sama peniaga-peniaga tempatan terus dibebankan dengan pelbagai syarat yang tidak munasabah dan membebankan.

3) Perancangan penempatan perniagaan menurut zon yang diputuskan tanpa perbincangan yang mendalam dengan peniaga dan pengusaha yang terlibat dilihat amat tidak beretika dan melangkaui batas-batas keadilan serta menunjukkan satu bentuk urus tadbir ekonomi yang tidak praktikal dan efisen.

4) Penguatkuasaan beberapa peraturan perniagaan dan perumahan yang bukan sahaja membebankan rakyat bahkan mampu membantutkan kerancakan pertumbuhan ekonomi dan kuasa beli rakyat.

5) Cadangan kenaikan melampau cukai pintu premis perniagaan yang mampu memberikan kesan buruk jangka panjang dan pendek pada pemilik bangunan secara khususnya dan pertumbuhan ekonomi daerah secara amnya.

6) Pembaziran secara berleluasa dalam menguruskan wang rakyat dengan memberikan keutamaan kepada pembinaan dan pengubahsuaian tidak perlu dan mewah, yang tidak banyak memberikan manfaat kepada penduduk setempat serta tidak memberikan pulangan ekonomi yang sepadan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.
Walhal, di masa yang sama, beberapa masalah besar dan lapuk yang dihadapi oleh peniaga dan penduduk tempatan seperti lokasi dan struktur usang Pasar Besar Dungun, kenaikan mendadak sewa bangunan milik MPD, mutu pengurusan kebersihan dan perbandaran, tidak diberikan keutamaan yang sewajarnya.

7) Penganjuran atau pemberian permit kepada program-program hiburan yang bercanggah dengan Islam dan budaya ketimuran dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pertambahan gejala sosial dan keruntuhan akhlak muda-mudi.


JUSTERU, KAMI DENGAN TEGASNYA MENUNTUT YDP/MPD MEMBERIKAN PERHATIAN YANG SERIUS TERHADAP BANTAHAN YANG DINYATAKAN DI ATAS.
KAMI MENUNTUT SUPAYA PRINSIP KEADILAN, KETELUSAN DAN BERINTEGRITI MENJADI DASAR PANDUAN MPD DALAM URUSAN PENTADBIRAN DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN MPD.

KAMI JUGA MENDESAK AHLI-AHLI MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN BENAR- BENAR MEMAINKAN PERANAN MEMBAWA SUARA RAKYAT TERAMAI DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAH DUNGUN, DAN TIDAK SEKADAR MENJADI ‘RUBBER STAMP’ SERTA MENJAGA KEPENTINGAN AHLI POLITIK DAN KRONI SEMATA-MATA.

KAMI JUGA INGIN MENGINGATKAN BAHAWA SEMUA PERBUATAN SALAH URUS TADBIR AKAN TERUS DIBANTAH DAN MENDAPAT TINDAKAN SEWAJARNYA DARIPADA KAMI.

INGATLAH JUGA SEMUA YANG TERLIBAT NANTINYA AKAN DIPERSOAL DI HADAPAN ALLAH KERANA MENGKHIANATI AMANAH YANG DIBERIKAN OLEH RAKYAT

DI BAWAH INI KAMI LAMPIRKAN BERSAMA TANDATANGAN SEBAHAGIAN MEREKA YANG MENYOKONG BANTAHAN INI.



JK BERTINDAK
MENANGANI PENYALAHGUNAAN KUASA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

23 Zulhijjah, 1431
30 November, 2010



p/s : Berita dan gambar sekitar penyerahan Memorandum Bantahan di MPD akan menyusul selepas ini

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura