Wednesday, February 24, 2010

TERKINI : Panduria Dun Sura 2010 DITUNDA..


TARIKH TERBARU : SABTU 13 MAC 2010


TERKINI - 24 Februari 2010 : Majlis Tindakan Pemuda Dun Sura terpaksa mengambil langkah drastik dengan menunda program explorace bermotor Panduria Dun Sura 2010 yang dijadualkan pada Sabtu 27 Februari 2010 ini.

"Walaupun mendapat sambutan hangat dari pemuda Dun Sura,pihak kami terpaksa menunda program ini pada 13 Mac 2010 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan" demikian menurut Saudara Yusoff Yaakob,Pengarah Panduria Dun Sura 2010 ketika ditemui selepas mesyuarat khas Panduria semalam yang berjalan hampir 4 jam itu.

Pihak Urusetia Panduria Dun Sura 2010 ini juga terpaksa mengambil risiko peserta menarik diri akibat penundaan tarikh terbaru ini.Difahamkan sebahagian besar peserta telah dihubungi selepas mesyuarat tersebut bagi memaklumkan perkara ini.

Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC) yang bekerjasama untuk menjayakan program explorace bermotor ini.

"Walaupun menanggung sedikit kerugian, kami juga ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua pihak yang terlibat atas segala kesulitan akibat penundaan tarikh program ini." ujar beliau lagi dengan harapan agar segala sumbangan untuk program ini dapat diteruskan lagi bagi menampung kerugian tersebut.

Oleh itu juga diharapkan segenap masyarakat Dun Sura dapat memeriahkan lagi Panduria Dun Sura ini dengan mengunjungi Pameran Motor Klasik bertempat di dataran Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin itu.Lajnah Penerangan juga akan menyiarkan tayangan video beberapa aktiviti anjuran kelab motor ARC Terengganu.




berita berkaitan :

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura