DUNGUN 11 Februari, Khamis - Lajnah Penerangan MTD Sura sekali lagi mengambil inisiatif dan tanggungjawab menjelaskan isu-isu semasa yang berlaku di negeri Terengganu dan isu-isu nasional melalui saluran ceramah umum yang bakal diadakan di Kampung Sungai Buaya.
Penjelasan isu-isu semasa terkini ini dijadualkan pada 14 Februari, Ahad yang menyenaraikan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai penceramah utamanya.
“Isu yang masih panas, iaitu keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu, yang telah mengisytiharkan siapa MB Perak dijangka akan dikupas secara panjang lebar oleh Ust Idris Ahmad melalui ceramah pada malam tersebut, “ demikian menurut Ketua Lajnah Penerangan MTD Sura, Encik Mohd Yusof Ismail.
“Isu-isu di peringkat negeri dan setempat dijangka akan disentuh oleh Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura selaku tuanrumah dan Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, yang turut diundang berceramah pada malam tersebut“ tambah beliau.
Encik Mohd Yusof seterusnya mengajak seluruh warga DUN Sura dan Dungun khususnya, tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik supaya hadir beramai-ramai bagi mendapatkan penjelasan isu-isu yang berlaku samada di peringkat negeri maupun negara.
0 komen:
Post a Comment