- Bukan Tapak Pasar Malam, hanya sebuah Padang Bola
DUNGUN 5 Februari, Jumaat - Berpuluh Ribu wang rakyat telah hangus kerana ‘percakaran’ dikalangan pemimpin Umno dan orang bawahannya, dalam isu cadangan pembinaan Velodrom di kampong Sura Hujung di sini.
Perbelanjaan besar telah dikeluarkan untuk membersihkan kawasan dan mendirikan kanopi bagi menyambut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Shabery Cheek.
Namun, pada saat-saat akhir, terpaksa dibatalkan kerana beliau mendakwa cadangan pembinaan Velodrom tersebut dibantah oleh penduduk kampung.
Tinjauan dan temubual Buletinonline dengan penduduk tempatan di lokasi dapat mengesan beberapa kenyataan yang diselewengkan oleh pemimpin Umno berkaitan kegagalan majlis pecah tanah yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu. 30 Januari lalu.
Sebenarnya, tidak ada bantahan atau demonstrasi oleh penduduk sekitar, namun pihak JKKK Sura Hujung telah menghantar surat, mengugut untuk ‘turun mengangkat sepanduk’ membantah projek tersebut sekiranya majlis pecah tanah diteruskan.
Dato’ Rosli Mat Hassan pula mendakwa cadangan pembinaan tersebut tidak dapat diteruskan kerana tapak yang dicadangkan adalah tapak sebuah pasar malam.
Ternyata ia dalah satu penipuan kerana, tapak yang dicadangkan bersebelahan Padang Golf Sura Hujung itu adalah sebuah padang bola!
Ikuti Rakaman Video di bawah;

0 komen:
Post a Comment