Monday, February 8, 2010

Penghargaan PMR Di Kg Molek & Sungai Buaya

DUNGUN 8 Februari, Isnin - Kejayaan para pelajar yang memperolehi kejayaan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 terus mendapat perhatian daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Di Kampung Molek, petang Sabtu, 6 Februari baru-baru ini, seramai 6 orang daripada 10 orang pelajar cemerlang yang dikenalpasti oleh pihak PAS Cawangan telah menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura. Sumbangan diterima sendiri oleh pelajar berkenaan atau melalui keluarga masing-masing.

Adik Wan Muliati binti Wan Zainal Abidin (8A), pelajar dari
SMK
Seri Dungun menerima penghargaan melalui ibunya,
sambil diperhatikan bapanya

Adik Siti Nur Syairah binti Ramli (8A), menerima penghargaan
daripada ADUN Sura sambil diperhatikan
bapanya


Adik Nadia Huda binti M. Yusof (7A), pelajar dari SMA
Sultan Zainal Abidin menerima penghargaan
melalui ibunya


Adik Nor Izzah binti Lukman (7A), pelajar
dari SMA
Sultan Ismail Dungun


Adik Azri Hanis bin Mohd Riza (8A), pelajar dari SMK
Sultan Omar menerima penghargaan
sambil diperhatikan ibunya


Adik Wan Nurul Hidayu binti Wan Nazlan (7A),
pelajar dari SMK
Sultan Omar


Sementara itu, PAS Cawangan Sungai Buaya mengenalpasti seramai 2 orang pelajar sebagai penerima sumbangan penghargaan ini. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh ADUN Sura pada petang semalam, Ahad 7 Februari.

Adik Alyani Nadhirah binti Azmi (8A), pelajar dari SMK
Seri Dungun menerima penghargaan
melalui bapanya


Adik Nur Suziela Idayu binti Azian (8A), juga pelajar dari SMK
Seri Dungun menerima penghargaan
melalui bapanya


Menurut Ketua JK Pelajaran MTD Sura, Haji Mohd Amin Hamid, sumbangan penghargaan ini dijangka berakhir penghujung Februari ini.

"Sehingga hari ini, sebanyak 6 cawangan daripada 11 cawangan yang mempunyai senarai pelajar cemerlang PMR 2009 telah dikunjungi oleh ADUN Sura," ujar beliau.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura