Thursday, February 18, 2010

Padamu Kami Berikan Wala' Dan Ketaatan

by Roslan SMS

Ramai yang terharu dan memberi komen apabila laman Tranungkite menyiarkan foto ini. Ianya menunjukkan Dato Seri Tuan Guru Presiden mengucup dahi (tapak sujud) Dato Tuan Guru Mursyidul Am.

Foto ini dirakamkan ketika Tok Guru Nik Abd Aziz mengunjungi Rusila bagi menziarahi jenazah adinda Tuan Guru Hj Abd Hadi, Ustazah Aisyah Awang yang meninggal dunia baru-baru ini.

Beginilah rupa kedua-dua ulamak terbesar PAS. Watak dan peribadi mereka sungguh mulia sehinggakan pertemuan mereka sahaja sudah cukup mencetuskan perasaan terharu bagi mereka yang melihatnya, terharu kerana sedar bahawa pada tangan kedua merekalah terletak nasib dan masa depan perjuangan Islam di Malaysia ini.

Kedua-dua mereka ulamak perjuangan, bukan sekadar memimpin gerakan Islam tetapi turut menabur ilmu dan mengajar kepada ratusan ribu anak-anak murid seluruh negara dan rantau ini. Semoga Allah swt terus memberikan kekuatan kepada mereka berdua untuk mendepani perjuangan ini sehingga tercapai cita-cita perjuangan.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura