Wednesday, February 10, 2010

PAS Mahu MINDEF Dedah Laporan Lengkap

KUALA LUMPUR, Feb 10 - Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mahu kerajaan keluarkan laporan lengkap walaupun Kementerian Pertahanan mahu menyelesaikan isu pembocoran rahsia pertahanan melalui saluran diplomatik.

Kata beliau kerajaan gagal merungkai segala kebimbangan yang sedang dirasai oleh rakyat ekoran dua kejadian membabitkan Kementerian Pertahanan.

“Tiba-tiba saja Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan menyatakan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara selesai dan diselesai mengikut saluran diplomatik.

“Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata rakyat perlu diberi tahu siapa di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjual rahsiah penting tersebut.

“Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat prebet atau sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin jet F5-E.

“Rakyat juga perlu diberi tahu negara mana yang menjalankan pengintipan dengan membeli pihak dalam ATM untuk mendapat rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara,” katanya.

baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura