Tuesday, February 2, 2010

Pemuda UMNO Kelantan Gesa Ku Li Sertai PAS

Oleh MOHD ZUHARMAN

KOTA BARU, Feb 1 - Pemuda Umno Kelantan mahu Tengku Razaleigh Hamzah melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, dan menyertai PAS atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat.

Susulan ceramahnya dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan Ahli Parlimen Gua Musang itu dilabel sebagai menentang arus dan menyimpan agenda tersendiri.

“Tindakannya (Ku Li) itu jelas membayangkan beliau tidak menghormati Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Jadi, Pemuda (Umno) Kelantan merasakan adalah lebih baik Ku Li melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN dan menyertai PAS atau PKR,” kata Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tengku Razaleigh (gambar), yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang, ketika menyampaikan ceramah royalti di Stadium Sultan Mohamad IV Khamis lalu.

Meskipun telah ditegaskan oleh Tengku Razaleigh bahawa kesanggupannya berada di pentas tersebut berasaskan prinsipnya untuk menegak keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat Kelantan, namun kenyataan beliau mencetuskan kontroversi kerana melibatkan kerajaan negeri pimpinan PAS.

“Saya bebas bersuara apa yang saya suka asalkan saya tidak langgar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin Umno.

"Saya bukan ‘pak turut’,” kata beliau.

baca artikel penuh...di sini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura