Wednesday, February 10, 2010

Isu Menteri Besar Perak - Presiden PAS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) berpendapat bahawa walaupun keputusan itu tidak memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat, tetapi kami sepenuhnya percaya bahawa rakyat akan terus bersama dengan kepimpinan kerajaan terdahulu yang sememangnya telah dipilih secara sah melalui proses pilihan raya di negeri Perak.

Dalam menghadapi suasana sebegini, PAS menyeru kepada seluruh rakyat Perak yang cintakan keamanan dan keadilan, untuk bertenang dan mengelakkan diri dari terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu. Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini.

Berdasarkan semangat yang sama, PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang. Teruskanlah gerakerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini.

DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
25 Safar, 1431 bersamaan 10 Februari 2010


http://presiden.pas.org.my/v2/

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura