Monday, September 7, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2009

DUNGUN 7 September ISNIN - YB Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pendidikan dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2009 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di DUN Sura. Peperiksaan akan bermula pada 8 hingga 10 September, 2009.

Sementara itu, menurut laporan BERNAMA, seramai 2 calon masing-masing dari Johor dan Pulau Pinang memiliki simptom Infleunza A (H1N1) akan menduduki peperiksaan serentak bersama seramai 517, 906 calon lain dari seluruh negara.

ADUN Sura selaku YDP PAS Kawasan Dungun juga mengingatkan kepada ibubapa kepada calon peperiksaan ini supaya terus berwaspada terhadap gejala H1N1 ini sambil mencadangkan supaya berhubung terus kepada pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah berdekatan atau Bilik Gerakan UPSR dan Ops Wabak yang beroperasi 24 jam sehari bermula 1 hingga 11 September 2009 sekiranya disahkan dijangkiti wabak ini.

" Walaupun apapun, kami mendoakan seluruh calon dikurniakan kemudahan untuk menjawab peperiksaan ini seterusnya dianugerahkan kejayaan cemerlang ", katanya.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura