Saturday, August 15, 2009

Solat Hajat Peperiksaan Awam 2009

DUNGUN 15 Ogos Sabtu - Menjelang peperiksaan yang tidak berapa lama lagi ini, Portfolo Pendidikan MTD Sura mengambil langkah awal dalam usaha bersama-sama para calon peperiksaan untuk mencipta kejayaan masing-masing.

Majlis Solat Hajat Peperiksaan Awam 2009 - UPSR, PMR, SPM, STPM akan diadakan pada 16 Ogos Ahad bermula dengan solat maghrib berjamaah di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate. Majlis ini akan dipimpin oleh Ustaz Sheikh Muhammad Hanafi Abd Aziz, Timbalan Pengarah III MTD Sura.


Mengikut countdown pada 15 Ogos SABTU dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia tarikh menjelang peperiksaan UPSR adalah 24 hari lagi, PMR adalah 53 hari lagi, SPM adalah 66 hari lagi dan STPM adalah 95 hari lagi.

Peperiksaan ini yang merupakan di antara medan tempur para pelajar menguji tahap penilaian pembelajaran mereka, mendorong majlis ini diadakan.

_________________________________________________

KEJAYAAN PARA PELAJAR DIRAIKAN OLEH YB ADUN SURA
________________________________________________________

Pada tahun 2008 lalu, majlis yang sama telah diadakan pada akhir Ogos di Surau Ustaz Haji Omar Shukri.


Pihak Portfolio Pendidikan MTD Sura dengan rendah hati menjemput semua calon peperiksaan berserta para ibubapa hadir beramai-ramai ke majlis solat hajat ini.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura