Wednesday, September 9, 2009

Polis Takut Kepada Samseng UMNO

Oleh USTAZ HAJI IDRIS AHMAD

PAS memandang berat kerana telah berlakunya penangkapan terpilih terhadap pesalah penjenayah di negara ini. Buktinya dalam isu demo pada 28/9/2009 yang melibatkan kepala lembu diheret dalam demontrasi tersebut kita tidak dengar apa-apa tindakan. Ini adalah kes demo yang pertama berlaku penghinaan terhadap agama lain kerana membantah pembinaan kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23 Shah Alam.

Dalang diketahui seperti pepatah mengatakan bahawa dah terang lagi bersuluh. Pas konsistan dengan pendirian bahawa perhimpunan aman dibenarkan, tetapi bukan demo yang bersifat provokatif perkauman dan menghina agama, kerana kita menghormati hak rakyat untuk berhimpun.

Menjadi tanda tanya kepada Pas kenapa mereka yang terlibat dalam demo tersebut tidak diambil tindakan. Makluman yang kita dapati bagaimana polis takut untuk bertindak kepada kumpulan yang dianggap samsing, sehinggakan gambar mereka yang terlibat boleh di dapati dalam laman youtube secara meluas. Persoalannya kenapa mereka ini tidak di apa-apakan. Apakah negara sekarang sudah dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap Gee Hin dan Hai San seperti zaman sebelum merdeka.

Kita mengharapkan polis bertindak secara professional, kerana gaji mereka rakyat yang bayar melalui cukai langsung dan tidak langsung. Perlu diingat, umno tidak membayar gaji mereka. Kalau polis hendak menjadi pengawal keselamatan umno sila letak jawatan dan ambil gaji dengan umno bukan dengan rakyat.

Polis jangan garang seperti singa lapar ketika berhadapan dengan penyokong Pakatan Rakyat tetapi menjadi pondan ketika berhadapan dengan penyokong umno. Kenapa ucapan yang bersifat provokasi seperti hendak bunuh, hendak rogol, dibiarkan begitu sahaja ketika dialog dengan Tan Sri Khalid di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam . Pas yakin kalau yang diucap itu ialah penyokong Pas atau Pakatan Rakyat, tidak sempat bergerak 50 langkah terus digari dan direman dalam lokap. Apakah ini 1Malaysia yang uar-uarkan sekarang.

*Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura