Wednesday, September 2, 2009

Kartunis Pun Dimusuhi BN !

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah begitu ‘sasau’ kini kerana mengisytiharkan perang kepada sesiapa sahaja yang mengkritiknya termasuk ‘kartun’.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/zunargedungkartun.jpgTindakan sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yg menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun 25 Ogos lalu jelas menunjukkan sikap ’lidah bercabang’.

Dalam satu keadaan pemimpin Umno/BN termasuk Menteri Dalam Negeri (H1) Dato’ Hishamudin Hussein dan sepupunya Perdana Menteri (N1) Dato’ Seri Najib Razak melaungkan slogan ’Rakyat di Dahulukan’.


Pada masa yang sama, H1N1 menghumban prinsip 'kebebasan bersuara' dengan menekan media yang tidak pro kepada kerajaan.

Ekoran penerbitan edisi sulung majalah Gedung Kartun karya kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar yang mengusik N1, pejabat dan kilang yang mencetak majalah itu diserbu serta komik ’kartun’ dirampas.


Lanjutan dari itu, Zunar menghadapi tuduhan menerbitkan sebuah penerbitan tanpa permit penerbitan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Zunar dalam kenyataannya hari ini, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan KDN. Berikut dipaparkan kenyataan penuh Zunar.

baca artikel penuh di sini

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura