Thursday, September 17, 2009

Perhatian Kepada Anak Yatim, Satu Rahmat Islam

DUNGUN 17 September Khamis - Islam merupakan satu agama yang menggariskan cara hidup manusia yang lengkap pada setiap zaman dan tempat. Oleh kerana itu, Islam sesuai dengan fitrah kejadian diri manusia. Di antara ajaran yang dianjurkan oleh Islam ialah memupuk perasaan kasih sayang sesama manusia dan hormat menghormati sesama mereka, yang akhirnya membawa manusia kepada rahmat Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. dari surah Al-Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud: "Dan tidaklah kami (Allah) mengutuskan (wahai Muhammad S.A.W.) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam."

Salah satu daripada rahmat Islam ialah kepada anak-anak yatim yang sangat memerlukan kepada perhatian dan belas kasihan masyarakat, khususnya daripada mereka yang diberi sedikit kemewahan hidup oleh Allah S.W.T. Mereka amat memerlukan kepada asuhan dan didikan serta kasih sayang yang secukupnya seperti kanak-kanak yang lain kerana mereka kehilangan ibu bapa sebelum mencapai umur baligh.

_________________________________________________

SUMBANGAN ANAK YATIM SEMPENA AIDILFITRI 1430

_________________________________________________

Sehubungan dengan kepentingan menjaga kebajikan anak-anak yatim dan bersempena Ramadhan al-Mubarak ini, pihak Majlis Tindakan DUN Sura hari ini telah menghantar seramai 27 orang anak-anak yatim ke Majlis Sumbangan Hari Raya Dan Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim bertempat di Masjid Pengadang Baru.

ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut hadir menyampaikan sumbangan di majlis berkenaan (gambar : ADUN Sura sedang meneliti senarai anak-anak yatim sejurus sebelum bertolak ke Masjid Pengadang Baru petang tadi)

_________________________________________________

SEKITAR PROGRAM PEMUDA BERSAMAMU MUSIM KE-5

_________________________________________________

Majlis anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu ini mensasarkan seramai 500 orang penerima di majlis berkenaan.

0 komen:

Related Posts with Thumbnails

YB ADUN Sura Untuk Semua

 

Arkib Laman

Blog YB ADUN Sura © 2008 | Ripped by SamarQondy | Coordinated by Team IT DUN Sura